MESYUARAT PENGURUSAN PKG Bil 1/2011

Standard

Tarikh     :    19 Mei 2011
Tempat   :    Bilik Mesyuarat PKG Kuang
Masa      :    2.00 ptg – 5.00 ptg
Mesyuarat Pengurusan PKG Kuang  Bil 1/2011 ini telah dihadiri oleh Guru Besar, Pengetua dan wakil-wakil Guru Besar atau Pengetua sekolah ahli PKG Kuang yang merangkap Jawatankuasa PKG bagi penggal 2010.
Antara agenda penting mesyuarat adalah Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 1/2010, Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan PKG. Selain itu turut dibentangkan adalah Laporan Pencapaian SKT PKG Kuang 2010 dan Perancangan Aktiviti PKG bagi tahun 2011.
Akhir sekali yang tidak kurang pentingnya ialah Pembubaran dan Pelantikan Jawatankuasa baru bagi tahun 2011 dan keputusan mesyuarat sebulat suara memilih Pengetua SMK Bukit Rahman Putra iaitu Pn. Norha Bt Hamzah sebagai Pengerusi baru PKG bagi penggal 2011 bagi menggantikan Pengerusi terdahulu Pn Siti Endon Bt Dahlan yang ingin memberi laluan kepada muka baru menerajui pucuk pimpinan Pengurusan PKG Pelabuhan Klang bagi tahun 2011.
Dengan segala perancangan dan perlantikan baru ini diharapkan terus memberi sumbangan demi memajukan PKG Kuang dalam memberi dan mewujudkan kerjasama erat sesama sekolah ahli dan juga PKG. Akhir kata terima kasih kepada semua yang sudi hadir dalam menjayakan Mesyuarat Pengurusan PKG Kuang 1/2011 kali ini…
Sekian…

Comments are closed.