Majlis perpisahan En.Muhammad Ashraff Bin Yusoff

Standard

Majlis sempena perpisahan En.Muhammad Ashraff Bin Yusoff PTP 2 PKG Kuang yang bertukar ke Kuantan, Pahang bermula pada 6.Februari.2017.Semoga lebih maju jaya di tempat baru.

22

Selamat Maju jaya di tempat baru 

Advertisements

KAMPUS ASTRO 2016

Standard

Pengetua/ Guru Besar,

Sekolah Ahli Pkg Kuang

Tuan,

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 30 Mac 2016 bagi pelaksanaan program KABKS.

3. Ini adalah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Yayasan Kasih Astro untuk menyokong matlamat dan usaha KPM ke arah pembelajaran secara holistik kepada murid-murid seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

4. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Kasih Astro akan membekalkan perkhidmatan Program KABKS seperti di bawah:

4.1 Pemasangan baharu di sekolah yang masih belum dipasang KABKS sejak tahun 2008.

4.1.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi pemasangan baharu terdiri daripada:

i. TV
ii. Set dekoder (DMT)
iii. Kad pintar  (Smart Card)
iv. Out Door Unit (ODU)

4.1.2  Pemasangan baharu KABKS dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak Yayasan Kasih Astro bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016.

4.1.3 Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan seperti berikut:

i. Sebuah meja bersain 37″ (T) x 33″ (L) x 24″ (P)
ii. 1 unit AC (power point) untuk sambungan ke perkakasan
iii. Langkah-langkah keselamatan bagi memastikan set peralatan yang diberikan terjamin keselamatannya serta memudahkan penjagaannya
iv. Lokasi/ ruang/ bilik yang selamat dan terkawal bagi pemasangan
v. Lokasi pemasangan yang Out Door Unit (ODU) yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan warga sekolah seperti:
– di bumbung bangunan
– sekurang-kurangnya ditingkat dua
– kawasan selamat yang dipersetujui antara pihak sekolah dengan pihak KABKS

4.2 Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang KABKS sejak tahun 2008.

4.2.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi penyelenggaraan (jika rosak) terdiri daripada:

i. Set dekoder (DMT)
ii. Kad pintar (Smart Card)
iii. Out Door Unit (ODU)

File PDF berkenan kampus astro klink link  —> kampus-astro

Latihan Kebakaran di SK Sungai Pelong

Standard

Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong bersama  PKG Kuang 2016

Tarikh : 22.7.2016

Masa : 9:00 pagi

Tempat : Padang SKSP

Dikendalikan oleh : Unit HEM Sekolah

Penyertaan : Semua murid dan guru serta kakitangan sekolah dan PKG Kuang

Senarai Aktiviti :

– Latihan Kebakaran

-Taklimat Pengunaan Alat Pemadam Api

-Aktiviti Demonstari pengunaan Alat Pemadam Api

Latihan kebakaran ini diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SK Sungai pleong sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

latihan kebakaran sk sg pelong

Gambar semasa latihan kebakaran

SSQS 2016 telah bermula

Standard

Bermulalah SSQS untuk tahun 2016 untuk semua sekolah-sekolah negeri Selangor. Kepada cikgu ICT yang terlibat sila dapatkan token untuk sekolah anda melalui URL ssqs.btpnsel.edu.my

screen-shot-2016-07-14-at-11-36-33-pm

paparan hadapan SSQS

screen-shot-2016-07-14-at-11-36-57-pm

Sila klik link sekolah

screen-shot-2016-07-14-at-11-37-15-pm

masukkan id : kod sekolah kata laluan : kod sekolah

screen-shot-2016-07-14-at-11-41-33-pm

paparan token bagi sekolah anda

screen-shot-2016-07-14-at-11-41-47-pm

cetak token untuk memudahkan pengisian

Sebagai panduan anda boleh merujuk di sini untuk bilangan responden. Sebarang masalah sila gunakan bantuan chat yang ada di ruang web kami untuk membantu anda.

Kepada yang bertanyakan mana punca kuasa pengisian sila rujuk dengan pihak pentadbir anda kerana pihak JPN Selangor telah mengedarkan surat berkaitan ke sekolah-sekolah anda.

Selamat menjawab daripada kami.