INFO PKG

BROSUR PKG

SEJARAH PKG

Pusat Kegiatan Guru bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST di ubah nama menjadi Pusat Sumber Media Daerah (PMD). Pada tahun 1986 PMD ditukar nama kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) manakala di Negeri Selangor sebelum pertukaran nama kepada PSPD, PKG pada masa itu lebih dikenali sebagai PSK 7 untuk Pusat Kegiatan Guru Kuang.

Seterusnya pada tahun 1990 PPD/PSK telah ditukar nama kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi mengelakan kekeliruan pada istilah “Daerah”.

Berdasarkan Pekeliling KP(PP)0050/126/Jld.7(23) bertarikh 30/10/1995 mulai 1.1.1996, PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penstrukturan semula PKG telah dilakukan pada tahun 2005 dan staf PKG terdiri dari PTP DGA32 selaku Ketua PKG, PTP DGA29 sebagai Pembantu dan PT N17. Pada tahun 2009, pertambahan staf iaitu Juruteknik Komputer (FT 17).

PIAGAM PELANGGAN

Mengambil tindakan terhadap aduan berkaiatan peralatan TMK KPM di sekolah dalam tempoh dua (2)hari bekerja.

Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimun tahap tiga bintang berdasarkan Smart School Qualitification Standard dalam tempoh setahun

Menyediakan khidmat kepakara dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

Khidmat nasihat berkaiatan dengan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi serta Pusat Sumber Sekolah

Memastikan siaran eduWeb TV dapat diakses dalam P&P secara online dan offline pada bila-bila masa

VISI

Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.

MISI

Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan  instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

 MATLAMAT PKG

Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran           Wawasan 2020 selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

WAKTU PERKHIDMATAN:

Isnin hingga Jumaat :
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.30 petang

OBJEKTIF PKG

Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi   peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompentensi guru yang berterusan.

 Memberi khidmat bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.

Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.

Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.

Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

FUNGSI PKG

FUNGSI 1: MEMBANTU MELAKSANAKAN AKTIVITI TEKNOLOGI PENDIDIKAN YANG DIRANCANG DAN MENGUMPULMAKLUMAT UNTUK PELAPORAN.

FUNGSI 2: MEMBERI KHIDMAT SOKONGAN PELAKSANAAN INISIATIF ICT DI SEKOLAH.

FUNGSI 3: MEMBERI KHIDMAT SOKONGAN PELAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGIKUT KELOMPOK.

FUNGSI 4: MEMBANTU PENYEDIAAN DAN PENERBITAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PELBAGAI MEDIA MENGIKUT PIAWAI YANG DITETAPKAN. (TIDAK BERKAITAN)

FUNGSI 5: MEMANTAU DAN MEMBERI KHIDMAT SOKONGAN PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER.

FUNGSI 6: MENGEDAR, MEMPROMOSI DAN MEMBERI KHIDMAT SOKONGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN MEMBANTU PROSES.

FUNGSI 7: PENGAUDITAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH. (TIDAK BERKAITAN)

FUNGSI 8: MEMBANTU KHIDMAT KEPAKARAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DISEKOLAH.

SEKOLAH AHLI

SMKTAMANEHSAN

SMKIDEALHEIGHTS

SMK BUKlT RAHMAN PUTRA

SMK BUKIT GADING

SMK BDR BARU SG. BULOH

SMK KEPONG

SM TEKNIK SG BULOH

SMK SRI KUNDANG

SAM PAYA JARAS

SK KEPONG

SK KUANG

SKSG. SERAI

SK SG. PELONG

SK SG. BULOH

SK TAMAN EHSAN

SK SELAYANG JAYA

SK SELAYANG UTAMA

SK BUKIT RAHMAN PUTRA

SK SERl KUNDANG

SK MERBAU SEMPAK

SK BDR BARU SGBULOH

SK DESA AMANPURI

SJK (C ) KUANG

SJK ( C ) DESA JAYA

SJK (T) KUANG

SJK (T) BUKIT DARAH

SJK (T) SARASWATHY

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

  1. Mengurus dan mentadbir Pusat Kegiatan Guru  (PKG)
  2. Melaksanakan, menilai program dan latihan teknologi pendidikan
  3. Memantau penggunaan penyelesaian  bersepadu Sekolah Bestari di sekolah-sekolah setempat
  4. Menyelaras program dan latihan Teknologi Pendidikan, Pendidikan Bestari dan Pusat Sumber Sekolah
  5. Memudah cara program pengurusan perubahan pendidikan bestari di sekolah-sekolah setempat
  6. Menghasil bahan pengajaran dan pembelajaran
  7. Memberi khidmat bantu Teknologi Pendidikan
  8. Mengurus data dan maklumat aktiviti PKG, kakitangansumber (KS), Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dan sekolah setempat