KAMPUS ASTRO 2016

Standard

Pengetua/ Guru Besar,

Sekolah Ahli Pkg Kuang

Tuan,

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 30 Mac 2016 bagi pelaksanaan program KABKS.

3. Ini adalah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Yayasan Kasih Astro untuk menyokong matlamat dan usaha KPM ke arah pembelajaran secara holistik kepada murid-murid seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

4. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Kasih Astro akan membekalkan perkhidmatan Program KABKS seperti di bawah:

4.1 Pemasangan baharu di sekolah yang masih belum dipasang KABKS sejak tahun 2008.

4.1.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi pemasangan baharu terdiri daripada:

i. TV
ii. Set dekoder (DMT)
iii. Kad pintar  (Smart Card)
iv. Out Door Unit (ODU)

4.1.2  Pemasangan baharu KABKS dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak Yayasan Kasih Astro bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016.

4.1.3 Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan seperti berikut:

i. Sebuah meja bersain 37″ (T) x 33″ (L) x 24″ (P)
ii. 1 unit AC (power point) untuk sambungan ke perkakasan
iii. Langkah-langkah keselamatan bagi memastikan set peralatan yang diberikan terjamin keselamatannya serta memudahkan penjagaannya
iv. Lokasi/ ruang/ bilik yang selamat dan terkawal bagi pemasangan
v. Lokasi pemasangan yang Out Door Unit (ODU) yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan warga sekolah seperti:
– di bumbung bangunan
– sekurang-kurangnya ditingkat dua
– kawasan selamat yang dipersetujui antara pihak sekolah dengan pihak KABKS

4.2 Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang KABKS sejak tahun 2008.

4.2.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi penyelenggaraan (jika rosak) terdiri daripada:

i. Set dekoder (DMT)
ii. Kad pintar (Smart Card)
iii. Out Door Unit (ODU)

File PDF berkenan kampus astro klink link  —> kampus-astro

Comments are closed.