Latihan Kebakaran di SK Sungai Pelong

Standard

Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong bersama  PKG Kuang 2016

Tarikh : 22.7.2016

Masa : 9:00 pagi

Tempat : Padang SKSP

Dikendalikan oleh : Unit HEM Sekolah

Penyertaan : Semua murid dan guru serta kakitangan sekolah dan PKG Kuang

Senarai Aktiviti :

– Latihan Kebakaran

-Taklimat Pengunaan Alat Pemadam Api

-Aktiviti Demonstari pengunaan Alat Pemadam Api

Latihan kebakaran ini diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SK Sungai pleong sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

latihan kebakaran sk sg pelong

Gambar semasa latihan kebakaran

Comments are closed.