Bengkel Simulasi SSQS

Standard

SSQS adalah satu aplikasi yang dibangunkan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan ICT di sekolah.Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.Program ini diuruskan oleh BTP dan dibantu bersama oleh BTPN melalui PKG.

Sehubungan dengan itu satu bengkel Simulasi SSQS telah diadakan di PKG Kuang pada 10 julai 2012.Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 28 orang guru ICT Sekolah ahli PKG Kuang.Penceramah jemputan bengkel telah disampaikan oleh En.Muhammad Hanif bin Harun Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32 Unit ICT ,BTPN Selangor.

Comments are closed.