iQ-PSS : TINDAKAN GURU GPM

Standard

Penarafan PSS bagi tahun 2012 akan dilaksanakan secara online

Tanggungjawab GPM:

* Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
* Isi borang iQ-PSS2012 secara online dengan lengkap.
* Masukkan catatan anda sebagai GPM.
* Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
* Kemaskini iQ-PSS 2012 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
* Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2012 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.
Tanggungjawab PTP PKG:
* Sila semak iQ-PSS 2012 untuk setiap sekolah ahli PKG anda secara terperinci.
* Beri ulasan dan cadangan.
* Sekiranya tidak berpuashati dengan penilaian GPM, majukan semula secara online kepada GPM.
* Setelah berpuashati, sahkan iQ-PSS 2012 sekolah ahli PKG anda.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa melaksanakan penarafan PSS 2012, sila hubungi pentadbir sistem BTP  En. Kamarulzaman Bin Ismail.


Comments are closed.